:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Wednesday, April 30, 2008

Jom Jengah...

TAHNIAH.. kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang menyediakan ruang Web Sekolah Daerah Kluang di bawah kelolaan Unit ICT Daerah.

Juga kepada Jurulatih Utama (JU) ICT Daaerah Kluang yang membantu untuk membangunkan dan menyemarakkan lonjakan ICT dalam menelusuri dunia digital tanpa sempadan. TAHNIAH!

Klik gambar di atas untuk melihat pautan Web Sekolah Daerah Kluang

Monday, April 28, 2008

Meneroka Hujung Benua Asia

Empat orang pelajar terpilih untuk mengikuti program daerah (NAFAS SEGAR) anjuran Agensi Dadah Kluang ke Tanjung Piai, Pontian. Maka dapat juga pelajar-pelajar ini sampai di hujung Benua Asia (Tanjung Piai, Pontian).

Berjaya : Tersenyum bersama sijil masing-masing

Ingat-mengingat....

Itulah Cikgu Bakar. Tegas, serius dan gurau mengikut situasi. Layaklah beliau menerajui hal ehwal disiplin di sekolah.

Hari ini, Badan Pengawas Sekolah diingatkan lagi tentang tanggungjawab mereka. Itulah anak-didik yang sering perlu diingatkan demi masa depan dan keyakinan mereka yang belajar memikul tanggungjawab.

Cikgu Bakar: Tegas, serius dan gurau mengikut situasi.

Alahai....jom lawat!

Beberapa orang guru melawat Cikgu Rosnani di Hospital Besar Kluang. Awalnya, hari Khamis lalu, beliau dimasukkan ke wad ICU kerana asma. Hanya hari ini baru dikeluarkan dan di tempatkan ke wad 2 (Tanjung). Nampak gayanya, alhamdulillah...sihat dan kembali tersenyum yang sentiasa menguntum senyuman manisnya. Harapan semua warga SKSI, moga-moga cikgu cepat sembuh! Insyallah.

Dari kiri : Cikgu Rosnani, Cikgu Norazizah, Cikgu Norahimah, Cikgu Arisah


Wednesday, April 23, 2008

Setapak Lagi...

TAHNIAH... kepada pasukan Doktor Muda SK Seri Intan yang terus mengorak langkah bagi menjurus kepada pertandingan Doktor Muda peringkat Negeri Johor awal Mei nanti. Maka, susun atur aktiviti demi aktiviti bagi memenuhi kriteria pengadilan akan terus merancakkan semangat para doktor Muda yang terpilih nanti.

Tambahan pula, komitmen tinggi diberikan oleh Hospital Besar Daerah Kluang untuk merealisasikan impian ini. Tahniah atas komitmen yang mantap antara pihak Hospital dan SK Seri Intan.

Hari ini, Doktor Muda diberi pendedahan secara langsung dalam mengambil timbangan berat dan ketinggian pelajar-pelajar lain. Mereka juga diberi pendedahan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk eades. Maklumlah, longkang-longkang di mana-mana sekolah seharusnya dijaga agar pembiakan nyamuk dapat dielakkan.

Banner yang dipampang di Dataran Ilmu
sebagai pencetus semangat kepada Doktor Muda

Para Doktor Muda diberi pengalaman secara langsung.

Tuesday, April 22, 2008

Hambatan ICT...

Hambatan ICT di kalangan warga pendidik mula mendapat tempat. Guru-guru perlu mengambil tempat dalam arena ICT untuk mengikuti kepesatannya. Oleh itu, Guru Besar juga menggesa warga SKSI untuk mengikuti alur ICT khususnya blog. Maka, inisiatif Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal mengambil langkah proaktif untuk melibatkan diri dalam arena tersebut.

Kedua orang ini mula mempelajari cara dan kaedah untuk membina weblog persendirian bagi memaparkan idea-idea tersendiri dalam menambah warnakan dunia blog ini. TAHNIAH, diucapkan kepada Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal.

TAHNIAH : Sedang belajar membina blog peribadi



YOUTUBE: Cara membina blog

Monday, April 21, 2008

Memacu Manusia....

Deligasi perbincangan antara pihak sekolah ( En Rahiman - GPK 1, En Mohd Faizal dan En Azlan) dengan Institut Perguruan Tun Hussain Onn (En Hamzah) berjaya. Perbincangan dua hala ini diadakan di Jabatan Latihan Dalam Perkhidmatan IPTHO.

Komitmen kedua pihak untuk mencapai kata sepakat demi pembangunan manusia/ staf SK Seri Intan. Kursus untuk perkembangan staff akan dilaksanakan di IPTHO. Insyallah.

Perbincangan yang sedang berlangsung secara bersantai.

Saturday, April 19, 2008

Mesyuarat Agung PIBG kali ke13

Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke13 pada jam 2.30 petang yang bertempat di kantin sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Kluang. Beliau adalah bekas Pengarah Pusat Pengajian China, Universiti Malaya (UM).

Ketibaannya disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan pembawa bunga manggar. Langkahnya tersusun rapi dan diapit oleh En Hassan Sarkon, Guru Besar SKSI, En Hairuddin Mohd Tahir, YDP PIBG dan barisan AJK PIBG.

Ketika itu, masih kedapatan para ibu dan bapa mendaftarkan diri di meja pendaftaran dan mengambil tempat. Setelah itu, majlis ucapan bermula.

Ucapan Guru Besar yang menerangkan perjalanan aktiviti dan kemajuan sekolah amat penting. Pelbagai konsep dan kaedah pemantapan program untuk kemajuan para pelajar telah dijelaskan. Kemudian, YDP pula meneruskan ucapan dengan menerangkan pelbagai aktiviti dan bantuan yang telah diberikan kepada sekolah demi kecemerlangan anak-anak didik.

Akhirnya, YB Datuk telah menjelaskan konsep dan perjalanan serta keperluan komitmen antara ibubapa dan guru/pihak sekolah demi kecemerlangan para pelajar. Juga, beliau akan membantu sedaya upaya untuk memenuhi keperluan yang dipohon oleh pihak sekolah dan PIBG. Komitmen beliau dalam mengotakan apa yang diperkatakan sememangnya teruji. Akhirnya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 dengan iringan paluan kompang.


Photobucket


Setelah majlis perasmian berlangsung, mesyuarat agung dimulakan. Barisan AJK PIBG mengambil tempat. Beberapa usul telah dibahaskan untuk mendapatkan kata sepakat dalam keadaan yang harmoni. Tahniah kepada YDP PIBG, En Hairudin yang berjaya mengendalikan mesyuarat dan menangani isu-isu yang timbul.

Wednesday, April 16, 2008

Gaya Doktor Muda

Pelaksanaan Program Doktor Muda berjaya dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda pada 16 April 2008 (Rabu).

Program ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar, En Hassan bin Sarkon. Disusuli pula dengan sesi ceramah Penjagaan Kesihatan oleh Pegawai Makanan daripada Hospital Kluang.

Setelah itu, sesi pemeriksaan kesihatan guru dan kakitangan sekolah dijalankan. Nombor-nombor giliran diagihkan kepada guru-guru oleh Doktor Muda. Juga, guru perlu mengisi borang maklumat diri untuk pemeriksaan kesihatan. Tiga (3) orang Doktor Muda yang terpilih telah membantu para jururawat yang bertugas.

Program ini mencetuskan keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Doktor Muda telah mendapat pengalaman langsung untuk proses dan prosedur dalam pemeriksaan kesihatan bagi orang dewasa. Malahan, guru-guru dan kakitangan sekolah pula tidak perlu lagi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Photobucket
Pemeriksaan Kesihatan Warga SKSI

Friday, April 11, 2008

Mesyuarat Kejohanan Bola Jaring Bwh 12 Thn MSSM

Hari ini, berlangsung Mesyuarat Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun MSSM Daerah Kluang 2008. Maka, ramai guru-guru Daerah Kluang yang terlibat dengan Bola Jaring telah hadir untuk bermesyuarat. Ini kerana, SK Seri Intan adalah Pengerusi Pengelola Pertandingan Bola Jaring Bawah 12 Tahun peringkat Zon Kluang Barat, Daerah Kluang.

Ketetapan mesyuarat ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 April 2008
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Kurikulum, SKSI


Mesyuarat ini dikendalikan oleh Cik Hjh Normadiah. Komitmen daripada guru-guru Zon lain dalam daerah Kluang amat tinggi. Tuan Guru Besar mengucapkan TAHNIAH kepada Cik Hjh Normadiah!

Program Doktor Muda

Sekolah Kebangsaan Seri Intan telah terpilih sebagai wakil Daerah Kluang untuk menyertai pertandingan Doktor Muda peringkat Negeri Johor. Maka, Kelab Doktor Muda SKSI mengambil inisiatif proaktif bagi memacu Kelab Doktor Muda untuk mencapai kejayaan demi memberi pengalaman langsung kepada para pelajar.

Oleh guru penasihat Kelab Doktor Muda (Pn Rosminah dan Pn Yusnita) bersama En azlan, membuat perjumpaan dengan wakil Pengarah Klinik Kesihatan Kluang bagi berbincang beberapa aktiviti usahasama dalam merealisasikan impian kejayaan untuk Kelab Doktor Muda. Perbincangan ini dilaksanakan untuk membawa Pegawai Kesihatan (Doktor dan jururawat) ke sekolah untuk pemeriksaan kesihatan guru-guru dan staf SKSI. Dalam program ini, Doktor Muda (di kalangan para pelajar) akan melibatkan diri secara aktif dalam membantu jururawat utnuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Situasi sebenar ini akan memberi pengalaman yang berkesan kepada para pelajar.

Program Membudayakan Al-Quran

Seawal pagi, jam 7.10 pagi, para pelajar telah tersedia di Dataran Ilmu untuk melaksanakan Program Membudayakan Al-Quran setiap pagi Jumaat. Bacaan Yassin akan dikendalikan oleh Ustaz Zahab ataupun Ustaz Haizal. Guru-guru dan para pelajar akan mengikuti bacaannya.


Selepas bacaan Surah Yassin, tazkirah (renungan pagi Jumaat) pula akan dikendalikan oleh Ustaz Zahab selaku Pengerusi Dakwah SKSI. Pelbagai isu dan pandangan berteraskan Al-Quran dan Hadis akan dikemukakan . Tazkirah yang disampaikan amat menepati dengan tahap pemikiran kanak-kanak sekolah rendah.


Thursday, April 10, 2008

Program Sekolah Angkat

Hari ini sekumpulan delegasi SK Seri Intan melawat PUTD Kem Mahkota Kluang untuk berbincang berkaitan dengan perancangan strategik (KWW ) Konsep Win-Win. Konsep ini berteraskan mencari ruang untuk kepentingan pelajar-pelajar SK Seri Intan. Deligasi SKSI diketuai oleh En Rahiman b Alwee, GPK Kurikulum (Wakil Rasmi Guru Besar SKSI), En Azlan, En Mohd Faizal dan Pn Farhana.

Perbincangan yang harmoni berlangsung di bilik Lt Kol. Mohd Kamal. Kata sepakat diperolehi untuk melaksanakan Program Sekolah Angkat (PSA) . Perancangan secara terperinci akan dilaksanakan secepat mungkin untuk merancang pengisian program tersebut oleh kedua-dua pihak.

Perancangan awal, pihak PUTD akan mendarat dengan helikopter di padang sekolah. Para pelajar akan diberi peluang untuk memerhati lebih dekat sebuah helikopter dengan penerangan yang akan diberikan oleh pegawai yang ditugaskan nanti. Lawatan itu akan termetrainya perasmian Program Sekolah Angkat antara kedua pihak. Beberapa aktiviti akan dilaksanakan ketika itu.

Wednesday, April 9, 2008

Unit Uniform

Di awal pagi, jam 7.10 pagi, semua pelajar sesi pagi telah bersedia untuk mengikuti aktiviti Ko-Kurikulum setiap Rabu. Masing-masing telah berbaris di Dataran Ilmu mengikut unit masing-masing. Guru-guru juga telah bersedia untuk memberi arahan untuk aktiviti yang telah dirancangkan.

Pengakap
Belajar Laung Agung di padang sekolah


Puteri Islam
Belajar Nyanyian Lagu Puteri Islam di kelas.

Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Belajar Nyanyian Lagu KRS di padang Makmal Sains

Tunas Puteri
Belajar Undang-undang Tunas Puteri di kelas.

PBSM
Belajar Undang-undang PBSM di kelas.


Tuesday, April 8, 2008

Cuti...

SELAMAT BERCUTI

Hari ini, seluruh sekolah dan pentadbiran negeri Johor bercuti hari ini


Monday, April 7, 2008

Didik...IQRAQ

IQRAQ....di mana jua anda berada. Itulah yang ditekan dalam diri para pelajar SKSI. Matlamat itu direalitikan menerusi Program DIDIK yang menekankan para pelajar tahun 6 melanggan Berita Harian untuk emndapatkan sisipan DIDIK untuk menambah pengetahuan berkaitan UPSR.
Amboiii...khusyuknya membaca, tak kira lokasi yer...

Looorrrr...pelajar lelaki siap tunjuk2 pulak apa yang korang baca yerr...
Cayalah beb!


Teknik Menjawab...

Inilah kita, apabila disoal maka perlulah kita menjawab. Tak gitu? Oleh itu, sebagai persediaan untuk menerima soalan-soalan UPSR 2008, teknik menjawab perlu dipelajari dan dikuasai.

Tahniah kepada S/U UPSR, Pn Rozita Man yang berjaya mengatur strategi untuk peningkatan keputusan UPSR thn ini. Maka mulai 7 -11 April 2008, Teknik Menjawab UPSR Fasa Pertama di adakan di bilikbilik khas. Program ini dibantu pula oleh guru-guru thn 6 dalam melaksanakan apa yang dirancang demi kepentingan para pelajar tahun 6 2008. Semoga berjaya!

DI MAKMAL SAINS

Cikgu Bakar
: Comfirm studentnya beri tumpuan...

Kekadang garang, kekadang baik, kekadang serius, kekadang humor


Bilik Tayang
Cikgu Suhaila : Amboi..khusyuknya korang yer...
Guru Pakar Matematik

Dewan (Bilik Guru Lama)
Teacher Zubaidah : You must.....bla..bla..bla..
Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

Bilik Matematik
Cikgu Rosnani & Suzi & Noribah : Mudah je untuk penulisan ni....
Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Wednesday, April 2, 2008

Kelepak..kelepung....

Inilah Kelab Kompang SKSI 2008. Kelab ini diletakkan di bawah Unit Kebudayaan SKSI. Latihan kompang sering diadakan di Bilik Muzik setiap hari Rabu. Hari ini bertepatan dengan perjalanan aktiviti Ko-Kurikulum Sekolah setiap Hari Rabu.

Untuk tahun ini Cikgu Azlan adalah Guru Penasihatnya. Daripada risikan MatTeropong, Cikgu Azlan juga kurang mahir dengan aktiviti kompang ini. Namun, setelah dibuat risikan oleh beliau, En Mohd Shah (PRA Sekolah SKSI) mahir dengan aktiviti ini. Maka, setelah rundingan demi rundingan, En Mohd Shah bersetuju untuk menjadi salah Jurulatih untuk pasukan ini. Beliau adalah seorang tenaga pengajar Kompang untuk Belia Kg Kolam Air dan Pemuda UMNO Caw. Kg Kolam Air, Kluang.

Diharapkan pasukan kompang sekolah mampu meningkat dan mempromosikan di persada muzik Kluang.

En Mohd Shah
Sedang memberi teknik dan taktik untuk Pasukan kompang sekolah.


Cikgu Azlan
Sedang belajar bersama Pasukan Kompang Sekolah.


Tuesday, April 1, 2008

Jom Jaring...

Pada hari ini, Pertandingan Bola Jaring MSSJ Peringkat Zon Kluang Barat telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Kluang. SK Seri Intan sebagai pihak penyelaras pertandingan.

TAHNIAH kepada En Hassan Sarkon selaku pengerusi pertandingan berjaya mengelola pertandingan dengan JAYANYA!Tahniah kepada pasukan-pasukan Zon Kluang Barat yang menyertainya.

Gambaran pertandingan Bola Jaring


TAHNIAH kepada pasukan SK Seri Intan yang menjadi JOHAN untuk pasukan Zon Kluang Barat. Nama-nama pemain telah dipilih untuk menyertai peringkat ZKB dalam pertandingan Bola Jaring MSSJ Peringkat Daerah

Cikgu Ruziayana
Best juga MPV cikgu ni...dapat jugak cikgu-cikgu lain menumpangnya...

...TAHNIAH...
Pasukan Bola Jaring SKSI
JOHAN Zon Kluang Barat
di bawah pimpinan
Cikgu Normadiah, Cikgu Hasriza dan Cikgu Zainon