:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Tuesday, January 1, 2008

Aluan Guru Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum wrt wbt

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Azlan bin Lin dan Cik Raja Masitah binti Raja Sahari serta jawatankuasanya yang terlibat dalam membangunkan laman web SK Seri Intan, Kluang. Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, Pejabat Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.

Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwim sepanjang tahun. Kepada semua pengunjung saya mengucapkan selamat datang.

Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah terbaik dalam daerah Kluang dapat dicapai menjelang tahun 2010..

HASSAN BIN SARKON
Guru Besar,
email : hassan.sarkon@gmail.com

No comments: