:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Tuesday, January 1, 2008

Sejarah Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Kedudukan lokasi Sekolah Kebangsaan Seri Intan terletak di Jalan Intan, Taman Intan, 86000 Kluang yang jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang.

Pandangan Satelit : Lokasi SKSI dan PPD Kluang

Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1994. Seramai 695 orang murid lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum bersekolah di sekolah ini pada awal pembukaannya. Mereka terdiri daripada murid Tahap 1 sahaja yang dating dari sekitar Taman Intan, Taman Kluang Jaya, Taman Kluang Barat dan Kompleks INTAN. Sebelum ini mereka bersekolah di SK Lelaki Bandar, SK Perempuan Bandar, SK Tunku Mahmood 1 dan

SK Tunku Mahmood 2.Atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, mereka berpindah ke sekolah ini memandangkan mereka tinggal berhampiran dengan sekolah.

Pada awal pembukaannya sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Ia dilengkapi dengan 18 bilik darjah , ruang pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik Kemahiran Hidup, bilik SPBT, stor dan tandas. Pada masa itu sekolah ini mempunyai seramai 29 tenaga pengajar termasuk guru besar. Sesi persekolahan hanya diadakan pada sebelah pagi sahaja. Pada sebelah petangnya pula, pelajar-pelajar dari SMK Taman Kluang Barat menumpang sementara sehingga 20 Mac 1995.

Memandangkan bilangan pelajar kian bertambah setiap tahun, maka pada tahun 2001 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan tambahan 3 tingkat, sebuah makmal computer dan dengan kerjasama PIBG sebuah surau telah dapat dibina.

Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Seri Intan mempunyai bilangan pelajar seramai 1551 orang dengan tenaga pengajar seramai 75 orang dan 10 orang kakitangan bukan guru.

Pada tahun 2003, sebahagian pelajar dan guru SK Seri Intan diarahkan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Seri Taman Kluang Barat.

Awal 2008 : Laluan utama ke bangunan pentadbiran

Kini, pada tahun 2006, SK Seri Intan mempunyai bilangan pelajar seramai 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 63 orang dan 10 orang kakitangan bukan guru.

2 comments:

dalilyD-LA~~ said...

SKSI berkembang dgn majunya...tahniah diucapkan...pd sume calon UPSR 2008,usaha tangga kejayaan...sekian,terima kasih...

SKSI Online said...

Terima kasih kepada Sdri Adilla kerana sudi berkunjung ke sini.. harap-harap nostalgia lama dapat diimbau semula...