SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.
Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini

Wednesday, September 24, 2008
Saturday, August 30, 2008
LDP Siri 2
Sunday, August 3, 2008
PTK - Ogos 2008
Status Pendaftaran PTK Ogos 2008 boleh disemak melalui SMS mulai 30 Julai 2008 Untuk semak: taip INFOPTK No.KP Baru dan hantar ke 39003 atau On-line di Majlis Peperiksaan Malaysia
Sunday, July 20, 2008
Peluang peningkatan
Ambilan November 2008

- Sukacita dimaklumkan akses ke aplikasi Permohononan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008 telah dibuka mulai 17 Julai 2008 (Khamis).
- Untuk perhatian calon-calon, program ini akan ditutup pada 15 Ogos 2008 (Jumaat).
- Sila pastikan semua calon telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
- Membaca dan memahami ePanduan program.
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
- Mengemaskini maklumat permohonan sebelum dihantar kepada JPN
- Mencetak borang permohonan dan senarai semak.
- Diperakukan oleh Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
- Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada JPN untuk sokongan
Saturday, July 19, 2008
Tahniah...berjaya!
Latihan Dalam Perkhidmatan - Email & Blog
Langkah mula ini untuk memacu motivasi guru-guru untuk membina blog peribadi. Seterusnya, setiap setiausaha panitia akan membina blog panitia masing-masing. Insyaallah.
Friday, July 18, 2008
Latihan Dalam Perkhidmatan
Hari : Sabtu
Tempat : Intan Siber
Tajuk ; Daftar email (gmail) & tatacara melayari internet utk P&P
Penceramah : En Azlan bin Lin
Fasilitator : Cik Raja Masita, En Mohd Faizal (19/7/08)
En Abd Rahman, En Rashidi (26/7/08)
Selamat berkursus.
Thursday, July 3, 2008
Laporan Digital
Di zaman ICT ini, SK Seri Intan menyahut seruan Tn Guru Besar, En Hassan b Sarkon untuk melaksanakan laporan secara digital. Laporan ini akan diburnkan pada cd dan dilampirkan bersama dengan laporan bertulis. Langkah ini perlu dilaksanakan untuk setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Kursus Perkembangan Staff Fasa 1 2008
Contoh penutup untuk laporan digital sempena
Kursus Perkembangan Staff Fasa 1 2008
Saturday, June 21, 2008
Perkongsian Ilmu
Kluang, 21 Jun (Sabtu) - Cikgu-cikgu dan staf sokongan SK Seri Intan sanggup meluangkan waktu bercuti demi sekelumit ilmu. Ilmu yang ditimba amat bermanfaat. Jawatankuasa Pengelola telah berjaya melaksanakan Kursus Perkembangan Staff di Intan, Kampus Wilayah Selatan. Kursus ini memberi pendedahan ilmu kemanusiaan yang amat diperlukan oleh setiap orang.
Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi. Penceramah yang dijemput adalah para pensyarah daripada Institut Perguruan Tun Hussien Onn (IPTHO), Batu Pahat. Tajuk kursus yang telah digarapkan ialah:
1. Akauntibiliti dan Integriti sebagai penjawat awam.
- Ust. Abd Rahman bin Sirat
2. Pengurusan Stress dalam kerjaya.
- En Hamdan bin Hj Mahfoh
3. Komunikasi Berkesan dalam organisasi.
- En Roslan bin Arof
(Penceramah Undangan)Bersongkok:
Ust. Abd Rahman bin Sirat
Berbaju Kuning :
En Hamdan bin Hj Mahfoh
Berbaju Merah :
En Roslan bin Arof
Kursus ini tamat pada jam 4.00 petang. Moga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan oleh semua guru dan staff. Tahniah dan syabas atas kejayaan pelaksanaan kursus tersebut.
Saturday, May 17, 2008
Insentif Guru
:: Kemelut DG41 di sekolah rendah terjawab ::

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.
Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.
"Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.
Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.
Pengumuman beliau disambut dengan tempukan gemuruh lebih 3,000 guru yang hadir. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Abdullah berkata bersandarkan kepada asas-asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.
>> Baca selanjutnya <<
Friday, May 16, 2008
Guru, Oh...Guru!
Hari ini, semua guru sesi pagi dan petang berhimpun di Dataran Ilmu. Termasuk juga semua pelajar sesi pagi dan petang. Ke semuanya berkumpul dengan semangat dan perasaan yang satu. meraikan Majlis Hari Guru 2008!

Perhimpunan awal pagi bermula dengan bacaan Surah Yassin sempena Program Membudayakan Al-Quran yang diketuai oleh Ust Zahab. Majlis diteruskan untuk meraikan Hari Guru.
Awalnya, ucapan dilaksanakan oleh GPK1, En Abd Rahiman bin Alwee. Kemudian, beberapa persembahan murid dilangsungkan. Setelah itu, Ikrar Guru dilafazkan oleh semua guru dihadapan para pelajar. Disambung pula dengan 2 buah nyanyian iaitu Kami Guru Malaysia dan Kau Umpama Lilin.
Bacaan Ikrar Guru
Nyanyian Kami Guru Malaysia
Selepas itu, majlis berehat sebentar. Guru-guru mula bersedia untuk aktiviti sukaneka. Manakala, ajk yang terlibat mula menyusun alatan-alatan yang berkaitan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang sporting!
Tetamu yang diraikan (guru yang telah berpindah)Pn Norazila (Melaka), En Ahmad Azmi(Parit Raja) dan Pn Saliza(Kluang)
Friday, May 9, 2008
Tahniah...
PTK 2008 : Keputusannya dah keluar...
Seramai tiga orang guru berjaya mendapat keputusan 4/4 untuk PTK 2008. Semua warga SKSI dan PIBG mengucapkan TAHNIAH. Yang belum berjaya, cuba lagi Ogos nanti..
Monday, April 28, 2008
Alahai....jom lawat!
Beberapa orang guru melawat Cikgu Rosnani di Hospital Besar Kluang. Awalnya, hari Khamis lalu, beliau dimasukkan ke wad ICU kerana asma. Hanya hari ini baru dikeluarkan dan di tempatkan ke wad 2 (Tanjung). Nampak gayanya, alhamdulillah...sihat dan kembali tersenyum yang sentiasa menguntum senyuman manisnya. Harapan semua warga SKSI, moga-moga cikgu cepat sembuh! Insyallah.
Monday, April 21, 2008
Memacu Manusia....
Komitmen kedua pihak untuk mencapai kata sepakat demi pembangunan manusia/ staf SK Seri Intan. Kursus untuk perkembangan staff akan dilaksanakan di IPTHO. Insyallah.
Wednesday, April 16, 2008
Gaya Doktor Muda
Program ini dimulakan dengan ucapan Guru Besar, En Hassan bin Sarkon. Disusuli pula dengan sesi ceramah Penjagaan Kesihatan oleh Pegawai Makanan daripada Hospital Kluang.
Setelah itu, sesi pemeriksaan kesihatan guru dan kakitangan sekolah dijalankan. Nombor-nombor giliran diagihkan kepada guru-guru oleh Doktor Muda. Juga, guru perlu mengisi borang maklumat diri untuk pemeriksaan kesihatan. Tiga (3) orang Doktor Muda yang terpilih telah membantu para jururawat yang bertugas.
Program ini mencetuskan keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Doktor Muda telah mendapat pengalaman langsung untuk proses dan prosedur dalam pemeriksaan kesihatan bagi orang dewasa. Malahan, guru-guru dan kakitangan sekolah pula tidak perlu lagi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Friday, April 11, 2008
Program Doktor Muda
Oleh guru penasihat Kelab Doktor Muda (Pn Rosminah dan Pn Yusnita) bersama En azlan, membuat perjumpaan dengan wakil Pengarah Klinik Kesihatan Kluang bagi berbincang beberapa aktiviti usahasama dalam merealisasikan impian kejayaan untuk Kelab Doktor Muda. Perbincangan ini dilaksanakan untuk membawa Pegawai Kesihatan (Doktor dan jururawat) ke sekolah untuk pemeriksaan kesihatan guru-guru dan staf SKSI. Dalam program ini, Doktor Muda (di kalangan para pelajar) akan melibatkan diri secara aktif dalam membantu jururawat utnuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Situasi sebenar ini akan memberi pengalaman yang berkesan kepada para pelajar.Thursday, April 10, 2008
Program Sekolah Angkat
Perbincangan yang harmoni berlangsung di bilik Lt Kol. Mohd Kamal. Kata sepakat diperolehi untuk melaksanakan Program Sekolah Angkat (PSA) . Perancangan secara terperinci akan dilaksanakan secepat mungkin untuk merancang pengisian program tersebut oleh kedua-dua pihak.
Perancangan awal, pihak PUTD akan mendarat dengan helikopter di padang sekolah. Para pelajar akan diberi peluang untuk memerhati lebih dekat sebuah helikopter dengan penerangan yang akan diberikan oleh pegawai yang ditugaskan nanti. Lawatan itu akan termetrainya perasmian Program Sekolah Angkat antara kedua pihak. Beberapa aktiviti akan dilaksanakan ketika itu.























