:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Saturday, August 30, 2008

LDP Siri 2

Kluang - 30 Ogos 2008 : Tahniah kepada sebahagian guru SKSI yang berjaya mengikuti LDP Siri 2. Kursus ini adalah membina akaun email dan blog. Tahniah kepada smeua guru-guru yang berjaya.

Guru-guru yang khusyuk membina akaun email dan blog masing-masing.


Friday, August 29, 2008

Salam Merdeka!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Salam kemerdekaan untuk semua pengunjung Weblog ini. Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dilaksanakan pada hari ini. Beberapa aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh En Abd Rahman selaku Kaunselor Sekolah.

Para Pentadbir membaca perutusan

Murid yang mengibarkan bendera

Cikgu Abd Rahman mengacarakan majlis ini dan
Cikgu Azlan sedang mendeklamasikan sajak.Guru-guru mengibarkan bendera

Tuesday, August 12, 2008

Teknik Menjawab B.Melayu

KLUANG - 12.08.08 (Selasa) : Panitia Bahasa Melayu melaksanakan Program Teknik Menjawab yang berkesan. Penceramah jemputan ialah Cikgu Anuar Ahmad yang juga salah seorang penulis dalam Akhbar Didik. Program ini berlangsung dengan jayanya..



Monday, August 11, 2008

Teknik Menjawab Matematik (UPSR)

Kluang - 11 Ogos 2008 (Isnin), Panitia Matematik SKSI memacu anak-anak didik yang bakal menduduki UPSR tidak berapa lama lagi dengan kemahiran Matematik mengikut keupayaan kendiri. Maka ramai tenaga pengajar digunapakai bagi menjayakan program ini.

Kelas Cemerlang, dikumpulkan dalam Bilik Tayang dengan bimbingan Cikgu Suhaila (Guru Cemerlang Matematik). Manakala pelajar sederhana dikumpulkan di dalam dewan dengan bimbingan Cikgu Arisah Tokaran dan di bilik Bahasa Inggeris dengan bimbingan Cikgu Mastura Idris. Manakala pelajar galus dikumpulkan di Bilik Kurikulum dengan bimbingan Cikgu Masnin Ahmad dan Cikgu Maimunah Juraimi.

Para pelajar diberikan set-set soalan mengikut kemahiran dan tahap pelajar itu sendiri.

Cikgu Arisah, Cikgu Mastura dan Cikgu Suhaila

Cikgu Maimunah dan Cikgu Masnin

Friday, August 8, 2008

Solat Hajat untuk UPSR

Kluang - 08.08.08 (Jumaat) : Jam 7.15 malam, Solat Magrib beramai-ramai antara ibubapa dan guru-guru di Dewan Seri Intan. Kemudian, disusuli dengan Solat Hajat untuk memohon keberkatan dan mempeolehi kejayaan yang cemerlang untuk para pelajar yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Akhirnya diikuti dengan Ceramah Keibubapaan. Ceramah dihentikan untuk Solat Isyak bersama-sama. Setelah itu, ceramah disambung semula. Majlis tamat pada jam 10.20 malam. Majlis ini adalah anjuran Panitia Agama Islam dan JK Guru Tahun Enam.



Sunday, August 3, 2008

PTK - Ogos 2008



Status Pendaftaran PTK Ogos 2008 boleh disemak melalui SMS mulai 30 Julai 2008 Untuk semak: taip INFOPTK No.KP Baru dan hantar ke 39003 atau On-line di Majlis Peperiksaan Malaysia