:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Showing posts with label Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kurikulum. Show all posts

Monday, January 12, 2009

PPSMI 2010 - 7 Pilihan

Keputusan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan pada 2010, tahun depan. Sehubungan itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan.

Sebanyak lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI telah dijalankan berhubung proses kajian dan membuat rumusan status PPSMI. Paling terkini yang berlangsung pertengahan Disember lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Apakah 7 pilihan itu?

Thursday, October 23, 2008

Mengorak langkah..

TAHNIAH kepada J/Kuasa ICT SK Seri Intan untuk sesi 2009. J/Kuasa yang baru dilantik telah memacu kekuatan masing-masing dalam dunia ICT demi menyahut seruan Tuan Guru Besar, En Hassan Sarkon. Misi sekolah 2010 dalam peningkatan profesional guru-guru dan staf sokongan SKSI akan tercapai.

J/Kuasa ini yang dipimpin oleh Pn Yusnita dan dibantu oleh En. Abd Rahman, telah bergabung tenaga secara menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan wireless di semua blok sekolah. Program ini dibantu kukuh oleh Cik Raja Masita dan En Rashidi dalam merealisasikannya. Tahniah diucapkan.



Pastinya, paparan maklumat terkini berkaitan aktiviti dan perjalanan sekolah akan sentiasa dikemaskini. Maklumat ini boleh didapati melalui saluran SKSI Online dan Portal Rasmi SK Seri Intan. Malahan, kedua-dua saluran maklumat ini telah tersenarai dalam PPD Top Sites List.

Jawatankuasa yang baru ditubuh amat mantap dan kukuh. Semoga hasrat tuan Guru Besar akan tercapai. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT akan dipertingkatkan dan pengukuhan kemahiran di kalangan anak murid akan lebih mantap.


Sunday, September 7, 2008

:: Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR ::

Kami warga SK Seri Intan mendoakan kepada calon-calon UPSR semoga mendapat kejayaan yang cemerlang

"STRIVE FOR SUCCESS"


Friday, September 5, 2008

Merestui Ilmu

Kluang - Jumaat, 05-09-08, Majlis Merestui Ilmu untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 Sept ini berlangsung dengan cemerlang. Semua guru hadir ke tapak perhimpunan.

Majlis ini dikendalikan oleh Unit Kaunseling dan JK UPSR. En Abd Rahman (Kaunselor SKSI) dan Pn Rozita Man (S/U UPSR) adalah menjadi tunggak kejayaan majlis ini. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ust Zahab. Diikuti dengan ucapan Guru Besar, En Hassan Sarkon dan ucapan Ketua Murid. Selepas itu, para pelajar membaca ikrar pelajar untuk menaikkan semangat untuk bersedia menumpuh peperiksaan tersebut.

Tuan Guru Besar mengucapkan SYABAS & TAHNIAH atas kejayaan majlis ini kepada semua j/k yang terlibat.



Monday, July 28, 2008

UPPM 3 - UPSR

SK Seri Intan, Kluang - 28 Julai 2008 : - Minggu ini adalah minggu peperiksaan Percubaan UPSR peringkat daerah Kluang. Rata-ratanya, para pelajar telah bersedia dari sudut mental, fizikal dan rohani untuk melalui minggu ini. Pelbagai teknik telah disebatikan dalam minda para pelajar. Moga-moga, SK Seri Intan memperolehi kejayaan yang gemilang untuk tahun ini.

Pelajar Khusyuk menjawab soalan peperiksaan

Pelajar Khusyuk menjawab soalan peperiksaan

Tuesday, July 8, 2008

Taklimat Jadual UPSR

Secara bersantai, Pn Rozita Man (Penyelaras UPSR) membuat penerangan kepada pelajar tahun 6 berkaitan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2008. Walau sekadar bersantai di Dataran Ilmu, calon-calon masih dapat mengikut penerangan dengan penuh teliti dan minat. Tuan Guru Besar, En Hassan b Sarkon mengucapkan sekalung TAHNIAH dan selamat bersedia kepada calon-calon UPSR 2008.



Sunday, July 6, 2008

Thursday, July 3, 2008

Laporan Digital

Kebiasaannya, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah, pastinya memerlukan laporan. Maka laporan bertulis dihasilkan.

Di zaman ICT ini, SK Seri Intan menyahut seruan Tn Guru Besar, En Hassan b Sarkon untuk melaksanakan laporan secara digital. Laporan ini akan diburnkan pada cd dan dilampirkan bersama dengan laporan bertulis. Langkah ini perlu dilaksanakan untuk setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.



Contoh intro untuk laporan digital sempena
Kursus Perkembangan Staff Fasa 1 2008



Contoh penutup untuk laporan digital sempena
Kursus Perkembangan Staff Fasa 1 2008

Monday, June 30, 2008

Kejayaan berganda...

KLUANG - 28 Jun 2008. Empat orang pelajar SK Seri Intan mewakili Pasukan Rekacipta Daerah Kluang ke peringkat negeri Johor di Segamat. Pelajar ini yang bertanding berjaya mempamerkan bakat terpendam dengan bimbingan guru-guru penasihat Kemahiran Hidup SKSI. Johan juga yang selayaknya untuk pasukan ini. TAHNIAH DIUCAPKAN!

Tn Guru Besar, Hassan Sarkon berasa bangga atas kejayaan para-pelajar

Kejayaan berganda JOHAN untuk daerah Kluang dan negeri Johor

Wednesday, June 25, 2008

Hari Terbuka

KLUANG - 25 Jun 2008. Semua guru kelas berpeluang bersemuka dengan ibu bapa/penjaga pelajar bagi membincangkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2008.

Monday, June 23, 2008

Pekeliling Guru Data

Tahniah - kemelut seorang guru data di setiap sekolah telah selesai. Ini kerana KPM telah mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan perlantikan dan bidang tugas.


PDF Bil 14 Tahun 2007

Sunday, June 15, 2008

Asc TimeTable

Setiap awal tahun, semua sekolah perlu membuat jadual waktu guru mengikut subjek dan kelas. Hal ini sering menjadi permasalahan yang harus diatasi. Guru Penolong Kanan 1 (Kurikulum) perlu menilai guru-guru yang berkemahiran komputer untuk membantunya menyelesaikan hal ini.

Di zaman ICT ini, permasalahan membuat jadual waktu, dapat diatasi dengan berbantukan komputer. Oleh itu Asc TimeTable adalah salah satu software yang dapat merealisasikan matlamat itu. Cuba pembaca SKSI Online ini, melihat laman web tersebut.

Perisian ini amat mudah digunakan. Cubalah.

Asc TimeTable 2008

Jika anda berminat, boleh hubungi Boy2099 Sdn Bhd wakil pengedar tunggal software ini di Malaysia. Klik di sini untuk mencuba trial software. Jika anda benar-benar berminat, boleh le order daripada wakil pengedar tunggal di Malaysia. Webmaster telah menghubungi syarikat tersebut dan telah mendapat pengesahan dan bukti bahawa syarikat tersebut adalah pengedar yang tunggal.


SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 14, 2008

Smart Start Camp - Koko's vs New Straits Time

Smart Start Camp

Sabtu, 14 Jun - Tepat jam 11.30 pagi, satu program anjuran bersama antara New Straits Times, KoKo-Krunch dan SK Seri Intan telah tamat. Penat berbaur dengan gembira di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris. Tak kira lagi dikalangan anak-anak didik. Semuanya berasa gembira dan enjoy. Dalam pada bergembira, ilmu pun dapat. Menarik kaedah yang digunakan oleh fasilitator semasa mereka mengendalikan program tu.

Awalnya, jam 8.00 pagi, semua murid diberikan t'shirt yang 'cun'. Mereka diagihkan kepada 3 kumpulan besar. Dalam kumpulan besar, dibahagikan pula kepada 4 kumpulan kecil. Maka wujudlah 3 stesyen untuk aktiviti dalam program tu. Guru-guru Bahasa Inggeris sekadar membantu fasilitator yang dah sedia ada. Mudah kerja dengan komitmen semua orang. Tahniah atas kejayaan dan komitmen semua pihak.




Friday, April 11, 2008

Program Membudayakan Al-Quran

Seawal pagi, jam 7.10 pagi, para pelajar telah tersedia di Dataran Ilmu untuk melaksanakan Program Membudayakan Al-Quran setiap pagi Jumaat. Bacaan Yassin akan dikendalikan oleh Ustaz Zahab ataupun Ustaz Haizal. Guru-guru dan para pelajar akan mengikuti bacaannya.


Selepas bacaan Surah Yassin, tazkirah (renungan pagi Jumaat) pula akan dikendalikan oleh Ustaz Zahab selaku Pengerusi Dakwah SKSI. Pelbagai isu dan pandangan berteraskan Al-Quran dan Hadis akan dikemukakan . Tazkirah yang disampaikan amat menepati dengan tahap pemikiran kanak-kanak sekolah rendah.