
SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.
Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini

Thursday, December 31, 2009
Monday, January 5, 2009
Yuran Sekolah 2009
28 November 2008
Oleh nor zainah nordin
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.
Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.
Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa.
''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Menurut Hishammuddin, perkara berkenaan diputuskan selepas jawatankuasa itu membincangkan pendekatan terbaik mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berharap, PIBG tidak menjadikan keputusan kerajaan itu satu isu kerana pada masa sama kementerian terpaksa menanggung peruntukan besar bagi sesi persekolahan 2009.
''Perkara ini perlu diperjelaskan ke peringkat akar umbi dan saya telah meminta pengarah di Jabatan Pelajaran negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) supaya tidak ada mana-mana pihak terkeliru,'' katanya.
Hishammuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya kementerian melihat cara yang sesuai untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG secara telus.
Isu yuran tambahan PIBG sering menjadi rungutan setiap kali bermula sesi persekolahan kerana jumlahnya mencecah sehingga RM180 dan membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan.
Bacaan Selanjutnya>>
Wednesday, September 24, 2008
Friday, August 29, 2008
Salam Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Cikgu Abd Rahman mengacarakan majlis ini danCikgu Azlan sedang mendeklamasikan sajak.
Guru-guru mengibarkan benderaWednesday, April 30, 2008
Jom Jengah...
Juga kepada Jurulatih Utama (JU) ICT Daaerah Kluang yang membantu untuk membangunkan dan menyemarakkan lonjakan ICT dalam menelusuri dunia digital tanpa sempadan. TAHNIAH!
Tuesday, January 1, 2008
Cogankata Sekolah
COGAN KATA SEKOLAH
Cogan kata MENYERLAH merupakan kata kunci yang mempunyai makna dan ertikata yang tersendiri dan mendalam merangkumi aspek akademik, pengajaran dan pembelajaran, nilai murni dan kokurikulum. Cogan kata yang simbolik ini diasaskan oleh En. Mohd. Lasim Bin Ahmad iaitu guru besar yang pertama sekolah ini.
Sejarah Guru Besar
SENARAI GURU BESAR
1. En. Mohd. Lasim Bin Ahmad – Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 10 November 1994, iaitu sejak sekolah ini dibuka sehingga 25 November 2001 kerana bersara wajib.
2. Encik Mohamad Nasir Bin Hj. Maskan – Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 26 November 2001 sehingga
3. Encik Hassan Bin Sarkon – Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 1 Julai 2003 dan masih berkhidmat di sekolah ini sehingga sekarang.
Lencana Sekolah
Istilah logo pada lencana sekolah mencakupi 3 prinsip iaitu:
1. YAKIN BOLEH
2. TANPA CACAT
3. WAWASAN
- WARNA BIRU – menunjukkan wawasan, budaya dan merangkumi agama. Rekabentuk dua tangan melambangkan guru dan ibu bapa digubah secara grafik, khusus untuk mewujudkan insan (pelajar) yang seimbang, harmonis dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan
- BENTUK INTAN – menunjukkan menyerlah, ceria dan ketulinan
- WARNA PUTIH, HIJAU DAN KUNING – mewarnai modul pelajar yang pada asalnya jernih telah terjana mindanya berasaskan kecekalan, kreativiti, keazaman, kesungguhan, kejituan hati untuk mencapai kecemerlangan berpegang pada prinsip YAKIN BOLEH
- WARNA MERAH – melambangkan unsur dinamik dan ketumpatan.
- PENA INOVATIF – ketumpatannya telah menyiapkan diri pelajar dengan kekuatan ilmu pengetahuan, bidang sains dan teknologi yang canggih, usaha yang berterusan untuk menjadi bangsa yang BERWAWASAN.
Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidikan sekolah ini dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik murid-murid sekolah ini
2. Melahirkan murid yang berakhlak, bermoral dan kerohanian yang tinggi
3. Menjalin hubungan yang erat dengan ibu bapa/penjaga serta bersikap positif terhadap teguran mereka demi kebaikan sekolah ini
4. Sedia membantu serta memberikan perkhidmatan yang sempurna, cekap dan kemaskini kepada semua pelanggan
5. Sentiasa peka dan berdaya maju selaras dengan perkembangan pendidikan Negara
Sekiranya anda tidak berpuas hati
terhadap perkhidmatan kami, sila hubungi pihak berikut:
Pejabat Pelajaran Daerah Kluang,
424, Jalan Sekolah,
86000 Kluang, JOHOR
Tel: 07-7722948
Aluan Guru Besar
Assalamualaikum wrt wbt
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Azlan bin Lin dan Cik Raja Masitah binti Raja Sahari serta jawatankuasanya yang terlibat dalam membangunkan laman web SK Seri Intan, Kluang. Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, Pejabat Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwim sepanjang tahun. Kepada semua pengunjung saya mengucapkan selamat datang.
Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah terbaik dalam daerah Kluang dapat dicapai menjelang tahun 2010..
HASSAN BIN SARKON
Guru Besar,
email : hassan.sarkon@gmail.com
Sejarah Sekolah
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Kedudukan lokasi Sekolah Kebangsaan Seri Intan terletak di Jalan Intan, Taman Intan, 86000 Kluang yang jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang.
Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1994. Seramai 695 orang murid lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum bersekolah di sekolah ini pada awal pembukaannya. Mereka terdiri daripada murid Tahap 1 sahaja yang dating dari sekitar Taman Intan, Taman Kluang Jaya, Taman Kluang Barat dan Kompleks INTAN. Sebelum ini mereka bersekolah di SK
SK Tunku Mahmood 2.Atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, mereka berpindah ke sekolah ini memandangkan mereka tinggal berhampiran dengan sekolah.
Pada awal pembukaannya sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Ia dilengkapi dengan 18 bilik darjah , ruang pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik Kemahiran Hidup, bilik SPBT, stor dan tandas. Pada masa itu sekolah ini mempunyai seramai 29 tenaga pengajar termasuk guru besar. Sesi persekolahan hanya diadakan pada sebelah pagi sahaja. Pada sebelah petangnya pula, pelajar-pelajar dari SMK Taman Kluang Barat menumpang sementara sehingga 20 Mac 1995.
Memandangkan bilangan pelajar kian bertambah setiap tahun, maka pada tahun 2001 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan tambahan 3 tingkat, sebuah makmal computer dan dengan kerjasama PIBG sebuah surau telah dapat dibina.
Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Seri Intan mempunyai bilangan pelajar seramai 1551 orang dengan tenaga pengajar seramai 75 orang dan 10 orang kakitangan bukan guru.
Pada tahun 2003, sebahagian pelajar dan guru SK Seri Intan diarahkan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Seri Taman Kluang Barat.
Kini, pada tahun 2006, SK Seri Intan mempunyai bilangan pelajar seramai 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 63 orang dan 10 orang kakitangan bukan guru.







.jpg)


