:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Saturday, August 30, 2008

LDP Siri 2

Kluang - 30 Ogos 2008 : Tahniah kepada sebahagian guru SKSI yang berjaya mengikuti LDP Siri 2. Kursus ini adalah membina akaun email dan blog. Tahniah kepada smeua guru-guru yang berjaya.

Guru-guru yang khusyuk membina akaun email dan blog masing-masing.


Tuesday, July 29, 2008

Seiring bersama...

TAHNIAH... Demi berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam menambah ilmu ICT di kalangan staff SK Seri Intan, En Hassan Sarkon selaku Guru Besar juga seiring bersama ke arah itu. Bertukar pandangan dan penyampaian maklumat secara maya juga mampu melampaui jarak beribu batu. Teruskan hasrat ini agar gagasan guru SKSI bermaklumat ICT akan tercapai. Insyaallah.


Untuk ke laman tersebut, KLIK DI SINI

Saturday, July 19, 2008

Tahniah...berjaya!

Latihan Dalam Perkhidmatan - Email & Blog

Kluang - 19 Julai, J/Kuasa Latihan Dalam Perkhidmatan berjaya menganjurkan kursus mendaftar akaun email (gmail). Guru-guru juga telah berjaya menghantar email kepada akaun email Guru Besar, En Hassan Sarkon, sebagai bukti kejayaan individu untuk kursus ini... Tahniah!

Langkah mula ini untuk memacu motivasi guru-guru untuk membina blog peribadi. Seterusnya, setiap setiausaha panitia akan membina blog panitia masing-masing. Insyaallah.

Kursus Sesi Pagi : Mendaftar akaun email (Gmail)

Kursus Sesi Kedua : Pencarian Maklumat untuk P&P dan Daftar Blog Peribadi
Makan di kantin : Cikgu Bakar dan Cikgu Fazli sponsor durian..


Nantikan Kursus yang sama bagi kumpulan kedua di masa dan tempat yang sama di minggu hadapan (26 Julai 2008 - Sabtu).

Wednesday, April 30, 2008

Jom Jengah...

TAHNIAH.. kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang menyediakan ruang Web Sekolah Daerah Kluang di bawah kelolaan Unit ICT Daerah.

Juga kepada Jurulatih Utama (JU) ICT Daaerah Kluang yang membantu untuk membangunkan dan menyemarakkan lonjakan ICT dalam menelusuri dunia digital tanpa sempadan. TAHNIAH!

Klik gambar di atas untuk melihat pautan Web Sekolah Daerah Kluang

Tuesday, April 22, 2008

Hambatan ICT...

Hambatan ICT di kalangan warga pendidik mula mendapat tempat. Guru-guru perlu mengambil tempat dalam arena ICT untuk mengikuti kepesatannya. Oleh itu, Guru Besar juga menggesa warga SKSI untuk mengikuti alur ICT khususnya blog. Maka, inisiatif Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal mengambil langkah proaktif untuk melibatkan diri dalam arena tersebut.

Kedua orang ini mula mempelajari cara dan kaedah untuk membina weblog persendirian bagi memaparkan idea-idea tersendiri dalam menambah warnakan dunia blog ini. TAHNIAH, diucapkan kepada Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal.

TAHNIAH : Sedang belajar membina blog peribadi



YOUTUBE: Cara membina blog