:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP)

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 ke Gred DG44 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41. Urusan ini mengambil kira setiap tiga (3) tahun pengalaman di PPPLD Gred DGA29, Gred DGA32, Gred DGA34 dan Gred DGA38 sebagai satu (1) tahun pengalaman di Gred DG41 dengan had maksimum pengalaman sembilan (9) tahun di PPPLD bersamaan tiga (3) tahun di PPPS DG41.

Bagi urusan kali ini, pegawai yang akan dipertimbangkan adalah mereka yang telah dilantik ke PPPS Gred DG41 sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun pada 1 Januari 2010.

Sila muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.

S.S DG41-DG44EXPPPLD
LAMPIRAN C
LAMPIRAN T1

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Pihak admin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga SKSI.
Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat.

16 Mei 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
:: tema Hari Guru 2009 ::



:: Salam Tanjong Malim ::

Semakan PTK


Buatlah Semakan keputusan PTK lalu dengan
klik di sini

Masukkan no kad pengenalan anda dengan adanya tanda sempang.

Monday, December 29, 2008

Tawaran Opsyen Semula Skim Pencen Dari KWSP Untuk Kakitangan Awam

Akhirnya berita mutakhir tentang tawaran opsyen pencen bagi kakitangan yang telah memilih KWSP telah disiarkan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Pekeliling ini lengkap dengan siaran, lampiran, borang serta perbandingan jelas antara skim KWSP dan Skim Pencen untuk diteliti oleh semua kakitangan awam terlibat. Taklimat khas berkaitan pekeliling ini akan diberi oleh semua ketua jabatan. Opsyen tersebut ditawarkan kepada anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu.

Antara perkara penting berdasarkan pekeliling tersebut:
  1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersar atau dibersarakan.
  2. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.
Untuk makluman lanjut, boleh download Surat Pekeliling berkenaan di sini.

Kepada semua kakitangan awam terlibat, bacalah dan telitikan semua implikasi dalam lampiran pekeliling sebelum membuat keputusan dan mengisi borang-borang berkaitan tawaran berkenaan. Selamat maju jaya.

Makluman:

Harap-harap, guru di SKSI akan membuat pilihan yang terbaik..~azlanlin,TMalim.

Thursday, October 23, 2008

Mengorak langkah..

TAHNIAH kepada J/Kuasa ICT SK Seri Intan untuk sesi 2009. J/Kuasa yang baru dilantik telah memacu kekuatan masing-masing dalam dunia ICT demi menyahut seruan Tuan Guru Besar, En Hassan Sarkon. Misi sekolah 2010 dalam peningkatan profesional guru-guru dan staf sokongan SKSI akan tercapai.

J/Kuasa ini yang dipimpin oleh Pn Yusnita dan dibantu oleh En. Abd Rahman, telah bergabung tenaga secara menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan wireless di semua blok sekolah. Program ini dibantu kukuh oleh Cik Raja Masita dan En Rashidi dalam merealisasikannya. Tahniah diucapkan.



Pastinya, paparan maklumat terkini berkaitan aktiviti dan perjalanan sekolah akan sentiasa dikemaskini. Maklumat ini boleh didapati melalui saluran SKSI Online dan Portal Rasmi SK Seri Intan. Malahan, kedua-dua saluran maklumat ini telah tersenarai dalam PPD Top Sites List.

Jawatankuasa yang baru ditubuh amat mantap dan kukuh. Semoga hasrat tuan Guru Besar akan tercapai. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT akan dipertingkatkan dan pengukuhan kemahiran di kalangan anak murid akan lebih mantap.


Wednesday, September 24, 2008

Friday, September 5, 2008

Merestui Ilmu

Kluang - Jumaat, 05-09-08, Majlis Merestui Ilmu untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 Sept ini berlangsung dengan cemerlang. Semua guru hadir ke tapak perhimpunan.

Majlis ini dikendalikan oleh Unit Kaunseling dan JK UPSR. En Abd Rahman (Kaunselor SKSI) dan Pn Rozita Man (S/U UPSR) adalah menjadi tunggak kejayaan majlis ini. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ust Zahab. Diikuti dengan ucapan Guru Besar, En Hassan Sarkon dan ucapan Ketua Murid. Selepas itu, para pelajar membaca ikrar pelajar untuk menaikkan semangat untuk bersedia menumpuh peperiksaan tersebut.

Tuan Guru Besar mengucapkan SYABAS & TAHNIAH atas kejayaan majlis ini kepada semua j/k yang terlibat.



Sunday, August 3, 2008

PTK - Ogos 2008



Status Pendaftaran PTK Ogos 2008 boleh disemak melalui SMS mulai 30 Julai 2008 Untuk semak: taip INFOPTK No.KP Baru dan hantar ke 39003 atau On-line di Majlis Peperiksaan Malaysia

Tuesday, July 29, 2008

Seiring bersama...

TAHNIAH... Demi berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam menambah ilmu ICT di kalangan staff SK Seri Intan, En Hassan Sarkon selaku Guru Besar juga seiring bersama ke arah itu. Bertukar pandangan dan penyampaian maklumat secara maya juga mampu melampaui jarak beribu batu. Teruskan hasrat ini agar gagasan guru SKSI bermaklumat ICT akan tercapai. Insyaallah.


Untuk ke laman tersebut, KLIK DI SINI

Monday, July 28, 2008

Seiring Sejalan...

Zon Kluang Barat - 28 Julai 2008 : Panitia Bahasa Melayu Zon Kluang Barat (SK Seri Intan) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Taklimat Penandaan Bahasa Melayu (012- Penulisan) untuk guru-guru tahun 6. Taklimat ini dilaksanakan pada jam 2.30 hingga 5.00 petang di bilik Tayang, SKSI. Seramai hampir 30 orang guru yang hadir termasuk guru B.Melayu tahap 2 SK Seri Intan.

Langkah ini bertujuan mendapatkan penandaan yang setara di semua sekolah dalam Zon Kluang Barat bagi kertas penulisan Bahasa Melayu (012) sempena Ujian Pengesanan Penilaian Murid kali ke3 (UPPM 3).

Penceramah Jemputan ialah :

Pn Noribah bt Jaafar (SK Seri Intan)

En Nizar (SK Seri Lalang)

Sunday, July 20, 2008

Peluang peningkatan

Permohononan Ke Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Ambilan November 2008



  • Sukacita dimaklumkan akses ke aplikasi Permohononan mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan November 2008 telah dibuka mulai 17 Julai 2008 (Khamis).
  • Untuk perhatian calon-calon, program ini akan ditutup pada 15 Ogos 2008 (Jumaat).
  • Sila pastikan semua calon telah melaksanakan langkah-langkah berikut:
    1. Membaca dan memahami ePanduan program.
    2. Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
    3. Mengemaskini maklumat permohonan sebelum dihantar kepada JPN
    4. Mencetak borang permohonan dan senarai semak.
    5. Diperakukan oleh Ketua Bahagian/Pengetua/Guru Besar.
    6. Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada JPN untuk sokongan
Bacaan Selanjutnya : KLIK DI SINI Pendaftaran Permohonan : KLIK DI SINI

Wednesday, June 25, 2008

Hari Terbuka

KLUANG - 25 Jun 2008. Semua guru kelas berpeluang bersemuka dengan ibu bapa/penjaga pelajar bagi membincangkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2008.

Monday, June 23, 2008

Pekeliling Guru Data

Tahniah - kemelut seorang guru data di setiap sekolah telah selesai. Ini kerana KPM telah mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan perlantikan dan bidang tugas.


PDF Bil 14 Tahun 2007

Friday, May 16, 2008

Guru, Oh...Guru!

SAMBUTAN HARI GURU 2008

Hari ini, semua guru sesi pagi dan petang berhimpun di Dataran Ilmu. Termasuk juga semua pelajar sesi pagi dan petang. Ke semuanya berkumpul dengan semangat dan perasaan yang satu. meraikan Majlis Hari Guru 2008!



Perhimpunan awal pagi bermula dengan bacaan Surah Yassin sempena Program Membudayakan Al-Quran yang diketuai oleh Ust Zahab. Majlis diteruskan untuk meraikan Hari Guru.
Menyampaikan Perutusan Sempena Hari Guru 2008

Awalnya, ucapan dilaksanakan oleh GPK1, En Abd Rahiman bin Alwee. Kemudian, beberapa persembahan murid dilangsungkan. Setelah itu, Ikrar Guru dilafazkan oleh semua guru dihadapan para pelajar. Disambung pula dengan 2 buah nyanyian iaitu Kami Guru Malaysia dan Kau Umpama Lilin.





Bacaan Ikrar Guru



Nyanyian Kami Guru Malaysia

Seterusnya, murid-murid diberi peluang untuk bersalaman dengan semua guru di samping memberikan kad ucapan dan hadiah kepada guru pilihan mereka.

Salam...jangan tak salam...

Selepas itu, majlis berehat sebentar. Guru-guru mula bersedia untuk aktiviti sukaneka. Manakala, ajk yang terlibat mula menyusun alatan-alatan yang berkaitan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang sporting!


Berposing seblum bertarung sesama pasukan lain
Tema: Pasukan Biru, Merah, Kuning, Hitam dan Hijau


Pukulan Softkrim
Habis berwarna-warni baju.... percikan air pewarna

Lontar Pundi Kacang secara membelakangkan diri


Sambut Belon Air
Hayun...jangan tak hayun
Kayuh Basikal Laju
Tolongggg....brekkkk tak makannnnn..

Kuning menanggggggggg....yahooooooo!
Cikgu Baharin yang sporting!

Tetamu yang diraikan (guru yang telah berpindah)
Pn Norazila (Melaka), En Ahmad Azmi(Parit Raja) dan Pn Saliza(Kluang)

Bila le nak makan nihhh...

Jap laaa....nak susun hadiah ni dulu...

Thursday, May 15, 2008

Persiapan Hari Guru

Esok, adalah hari guru! Persiapan majlis oleh AJK Kelab Keluarga SKSI semakin menampakkan suasana yang ceria dan gembira.

Jom bungkus weiiii...

Berlatih sungguh-sungguh...

Friday, May 9, 2008

Tahniah...

PTK 2008 : Keputusannya dah keluar...

Seramai tiga orang guru berjaya mendapat keputusan 4/4 untuk PTK 2008. Semua warga SKSI dan PIBG mengucapkan TAHNIAH. Yang belum berjaya, cuba lagi Ogos nanti..

tahniah cikgu..nanti boleh belanja kawan-kawan...