:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Showing posts with label Kompang. Show all posts
Showing posts with label Kompang. Show all posts

Saturday, May 3, 2008

Latihan lagi...

Selagi jurulatih Kompang berminat untuk sedia berkhidmat, selagi itulah perjumpaan dengan murid-murid akan dilakukan. Nampak gayanya, para pelajar juga semakin berminat untuk mempelajari teknik pukulan kompang. Jurulatih juga semakin berazam untuk melatih para pelajar menyanyikan lagu sekolah "Menyerlah" dengan iringan paluan kompang. Tentunya menarik!

Kompang sekolah hanya ada 20 buah sahaja atas usaha Cikgu Azmi Jeonmani untuk tahun-tahun sebelum ini. Untuk kali ini, latihan pelajar seramai 40 orang, jurulatih membawa kompang-kompang Kg Kolam Air. Terima kasih En Mohd Shah.




Latihan dalam kelas 5 Nilam

Wednesday, April 2, 2008

Kelepak..kelepung....

Inilah Kelab Kompang SKSI 2008. Kelab ini diletakkan di bawah Unit Kebudayaan SKSI. Latihan kompang sering diadakan di Bilik Muzik setiap hari Rabu. Hari ini bertepatan dengan perjalanan aktiviti Ko-Kurikulum Sekolah setiap Hari Rabu.

Untuk tahun ini Cikgu Azlan adalah Guru Penasihatnya. Daripada risikan MatTeropong, Cikgu Azlan juga kurang mahir dengan aktiviti kompang ini. Namun, setelah dibuat risikan oleh beliau, En Mohd Shah (PRA Sekolah SKSI) mahir dengan aktiviti ini. Maka, setelah rundingan demi rundingan, En Mohd Shah bersetuju untuk menjadi salah Jurulatih untuk pasukan ini. Beliau adalah seorang tenaga pengajar Kompang untuk Belia Kg Kolam Air dan Pemuda UMNO Caw. Kg Kolam Air, Kluang.

Diharapkan pasukan kompang sekolah mampu meningkat dan mempromosikan di persada muzik Kluang.

En Mohd Shah
Sedang memberi teknik dan taktik untuk Pasukan kompang sekolah.


Cikgu Azlan
Sedang belajar bersama Pasukan Kompang Sekolah.