:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Wednesday, January 21, 2009

Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)'Time-Based' Tahun 2009

Semua Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor,

Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Negeri Johor.

Tuan/Puan,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ‘Time-Based’ bagi PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Ke PPP Siswazah Gred DG41.( Urusan Tahun 2009 )

Sehubungan dengan itu, pihak PPD dan sekolah diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan ini bil. JPNJ(S):NP/27/1910(B)/(37) bertarikh: 15 Januari 2009.

Semua perakuan hendaklah dikumpul di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Januari 2009

Sekian, terima kasih.

Daripada: Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sumber : LamanWeb JPNJ

Juga di sini.

Monday, January 12, 2009

PPSMI 2010 - 7 Pilihan

Keputusan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan pada 2010, tahun depan. Sehubungan itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan.

Sebanyak lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI telah dijalankan berhubung proses kajian dan membuat rumusan status PPSMI. Paling terkini yang berlangsung pertengahan Disember lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Apakah 7 pilihan itu?

Monday, January 5, 2009

Yuran Sekolah 2009

Utusan Malaysia
28 November 2008

Oleh nor zainah nordin

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.

Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa.

''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, perkara berkenaan diputuskan selepas jawatankuasa itu membincangkan pendekatan terbaik mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berharap, PIBG tidak menjadikan keputusan kerajaan itu satu isu kerana pada masa sama kementerian terpaksa menanggung peruntukan besar bagi sesi persekolahan 2009.

''Perkara ini perlu diperjelaskan ke peringkat akar umbi dan saya telah meminta pengarah di Jabatan Pelajaran negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) supaya tidak ada mana-mana pihak terkeliru,'' katanya.

Hishammuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya kementerian melihat cara yang sesuai untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG secara telus.

Isu yuran tambahan PIBG sering menjadi rungutan setiap kali bermula sesi persekolahan kerana jumlahnya mencecah sehingga RM180 dan membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan.

Bacaan Selanjutnya>>