:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Friday, May 16, 2008

Guru, Oh...Guru!

SAMBUTAN HARI GURU 2008

Hari ini, semua guru sesi pagi dan petang berhimpun di Dataran Ilmu. Termasuk juga semua pelajar sesi pagi dan petang. Ke semuanya berkumpul dengan semangat dan perasaan yang satu. meraikan Majlis Hari Guru 2008!



Perhimpunan awal pagi bermula dengan bacaan Surah Yassin sempena Program Membudayakan Al-Quran yang diketuai oleh Ust Zahab. Majlis diteruskan untuk meraikan Hari Guru.
Menyampaikan Perutusan Sempena Hari Guru 2008

Awalnya, ucapan dilaksanakan oleh GPK1, En Abd Rahiman bin Alwee. Kemudian, beberapa persembahan murid dilangsungkan. Setelah itu, Ikrar Guru dilafazkan oleh semua guru dihadapan para pelajar. Disambung pula dengan 2 buah nyanyian iaitu Kami Guru Malaysia dan Kau Umpama Lilin.





Bacaan Ikrar Guru



Nyanyian Kami Guru Malaysia

Seterusnya, murid-murid diberi peluang untuk bersalaman dengan semua guru di samping memberikan kad ucapan dan hadiah kepada guru pilihan mereka.

Salam...jangan tak salam...

Selepas itu, majlis berehat sebentar. Guru-guru mula bersedia untuk aktiviti sukaneka. Manakala, ajk yang terlibat mula menyusun alatan-alatan yang berkaitan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang sporting!


Berposing seblum bertarung sesama pasukan lain
Tema: Pasukan Biru, Merah, Kuning, Hitam dan Hijau


Pukulan Softkrim
Habis berwarna-warni baju.... percikan air pewarna

Lontar Pundi Kacang secara membelakangkan diri


Sambut Belon Air
Hayun...jangan tak hayun
Kayuh Basikal Laju
Tolongggg....brekkkk tak makannnnn..

Kuning menanggggggggg....yahooooooo!
Cikgu Baharin yang sporting!

Tetamu yang diraikan (guru yang telah berpindah)
Pn Norazila (Melaka), En Ahmad Azmi(Parit Raja) dan Pn Saliza(Kluang)

Bila le nak makan nihhh...

Jap laaa....nak susun hadiah ni dulu...

Thursday, May 15, 2008

Persiapan Hari Guru

Esok, adalah hari guru! Persiapan majlis oleh AJK Kelab Keluarga SKSI semakin menampakkan suasana yang ceria dan gembira.

Jom bungkus weiiii...

Berlatih sungguh-sungguh...

Friday, May 9, 2008

Tahniah...

PTK 2008 : Keputusannya dah keluar...

Seramai tiga orang guru berjaya mendapat keputusan 4/4 untuk PTK 2008. Semua warga SKSI dan PIBG mengucapkan TAHNIAH. Yang belum berjaya, cuba lagi Ogos nanti..

tahniah cikgu..nanti boleh belanja kawan-kawan...

Thursday, May 8, 2008

Tahniah kepada DOKTOR MUDA

KONVENSYEN DOKTOR MUDA
PERINGKAT NEGERI JOHOR
2008

Hari ini 8 Mei 2008, bertempat di Dewan Alumni UTM Skudai, 10 orang murid dan 3 orang guru penasihat dari SK Seri Intan telah menyertai konvensyen ini. Selain itu, terdapat 13 murid dari SK Spg Renggam, SK Batu 3 dan SK T6 turut menyertai untuk mewakili daerah Kluang. Wakil PPD, En Mohd Khair b Abdullah juga turut hadir pada majlis tersebut.

Aktiviti yang disertai:
1. Pertandingan Pameran Aktiviti Doktor Muda Sekolah
- Tempat Ke3

- Murid yang terlibat :
Siti Nur Afiqah bt Hashim
Fara Azarina bt Kamarullah
Muhd Adib Zulfadli b Mazlan
Siti Zaidatulhidayati bt Zainal Abidin
Muhd Nur AlFitri b Abd Tamizi

Yusli Azizi b Mad Yassin




2. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
- Tempat Ke3

- Murid yang terlibat:
Ain Nabiela bt Abu Bakar


3. Pertandingan Buku Informasi Kesihatan
- Johan

- Murid yang terlibat:
Muhd Iqbal b Aminuddin Nurul Aina Shafiqah bt Abd Kadir Annisa Atikah bt Mohd Fadzil Siti Nur Afiqah bt Hasim Muhd Nor Al-Fitri b Abd Tarmizi Fara Azarina bt Kamarullah
Oleh kerana SKSI berjaya mendapat tempat JOHAN dalam kategori Pert. Buku Informasi Kesihatan, seramai 6 orang pelajar SKSI akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan berlansung pada bula Jun di Melaka nanti.

Justeru, SK Seri Intan telah dinobatkan dalam kategori ANUGERAH SEKOLAH DOKTOR MUDA.

Wakil PPD Kluang bersama kontinjen Doktor Muda Daerah Kluang

Guru Penasihat Doktor Muda yang bersemangat waja!

Warga SK Seri Intan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pelajar dan guru pengiring yang terlibat sebelum, semasa dan selepas pertandingan tersebut.


Saturday, May 3, 2008

MSSJ - Bola Jaring 2008


KLUANG - SK Seri Intan, selaku Pengelola Pertandingan Kejohanan Bola Jaring MSSJ Bwh 12, 2008 yang bertempat di Stadium Tertutup telah melaksanakan tugasan sebaik mungkin. Ketika ini, pertandingan masih berlangsung.... SELAMAT BERTANDING!




Paparan Memori sepanjang pertandingan pada Sabtu pagi..


Latihan lagi...

Selagi jurulatih Kompang berminat untuk sedia berkhidmat, selagi itulah perjumpaan dengan murid-murid akan dilakukan. Nampak gayanya, para pelajar juga semakin berminat untuk mempelajari teknik pukulan kompang. Jurulatih juga semakin berazam untuk melatih para pelajar menyanyikan lagu sekolah "Menyerlah" dengan iringan paluan kompang. Tentunya menarik!

Kompang sekolah hanya ada 20 buah sahaja atas usaha Cikgu Azmi Jeonmani untuk tahun-tahun sebelum ini. Untuk kali ini, latihan pelajar seramai 40 orang, jurulatih membawa kompang-kompang Kg Kolam Air. Terima kasih En Mohd Shah.




Latihan dalam kelas 5 Nilam

Thursday, May 1, 2008

Bola Jaring MSSJ

Semua warga pendidik Daerah Kluang dijemput untuk memeriahkan
Kejohanan Bola Jaring MSSJ.

Tarikh : 2 -4 Mei 2008
Tempat : Stadium Tertutup Kluang

SELAMAT BERTANDING DAN MEMPAMERKAN YANG TERBAIK!
diucapkan untuk semua pasukan yang bertanding

SELAMAT BERTUGAS DENGAN DEDIKASI!
untuk semua pegawai yang bertugas

SELAMAT BERSORAK!
untuk para penyokong

.... JOM MERIAH ....

TAG: untuk 40 orang Pegawai Teknikal yang bertugas
(TEMA : merah & biru - bendera Johor)