SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.
Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini

Friday, May 15, 2009
Semakan PTK
klik di sini
Masukkan no kad pengenalan anda dengan adanya tanda sempang.
Thursday, March 19, 2009
Sistem PNGK Di Sekolah Rendah Mulai 2010
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd.Dom berkata program perintis mengenai cadangan itu yang dijalankan di 50 buah sekolah tahun lalu menunjukkan perubahan sistem peperiksaan sekolah ini sesuai dijalankan.
"Jika mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tahun depan kita akan melaksanakan peperiksaan yang berasaskan sekolah. Kita juga melakukan transformasi pendidikan.
"Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Murid di Putrajaya, Selasa.
Bagaimanapun, katanya kementerian tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan perubahan itu dan persidangan meja bulat dan bengkel akan diadakan selain mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Jika kita dapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya di darjah satu dan pra sekolah mulai tahun depan," katanya.
Alimuddin berkata penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.
Katanya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan tetapi akan menggunakan formula 70:30, iaitu 30 peratus diukur dalam peperiksaan UPSR sementara 70 peratus berdasarkan aktiviti luar termasuk peperiksaan berasaskan sekolah.
"Empat elemen yang akan dinilai ialah mengenai psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.
(Sumber: Bernama - 17/03/2009 21:57PM)
Tuesday, March 17, 2009
Thursday, March 12, 2009
Pengetua Dan Guru Besar Sekolah Boleh Rotan Pelajar
Beliau berkata kuasa ada yang boleh diturunkan kepada guru lain itu, tetapi bagaimanapun perlu dilaksanakan mengikut cara yang ditetapkan iaitu tidak boleh dilakukan di tempat yang terbuka, mesti merekodkan kesalahan pelajar dan ada saksi ketika hukuman dilaksanakan.
"Kuasa merotan itu ada, dan ia boleh diturunkan kepada guru yang lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat menangani masalah penglibatan pelajar dalam jenayah di sini hari ini.
Mesyuarat itu diadakan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), pengarah pelajaran negeri dan ketua polis negeri. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Timbalan Pengerusi II MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.
Sebelum ini, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menggesa agar hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi menghukum pelajar yang terlibat dalam kejadian gengsterisme.
Sementara itu, Alimuddin berkata, ada empat tindakan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam menangani kes salah laku di sekolah dan merotan adalah kaedah yang kedua, di mana yang pertama ialah memberi amaran kepada pelajar, dan yang ketiga adalah menggantung persekolahan pelajar sebelum kaedah berikutnya yang terakhir, buang sekolah.
Beliau juga berkata dari segi jumlah kes salah laku pelajar, didapati jumlahnya tidak besar dan menurun daripada 2.13 peratus (2006), 2.10 (2007) dan 2.08 (2008).
"Bagaimanapun, kami tidak boleh bertolak ansur dalam isu salah laku pelajar dan menjadi tanggungjawab sekolah untuk memperbetulkan keadaan pelajar agar tidak berlaku lagi kes sedemikian," katanya.
Sementara itu, Alimuddin berkata mesyuarat hari ini memutuskan agar aktiviti bersifat pendidikan seperti pameran, ceramah dan program pencegahan jenayah perlu diadakan di setiap negeri sebagai salah satu langkah menangani isu salah laku pelajar.
Katanya peruntukan RM200,000 diberikan kepada setiap negeri dan terpulang kepada jabatan pelajaran negeri serta ketua polis negeri untuk membincangkan jenis aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah-sekolah bagi tujuan itu.
"Ini kerana setiap negeri mempunyai perbezaan berhubung isu salah laku pelajar, dan kami memberi kuasa kepada pengarah jabatan pelajaran negeri serta ketua polis negeri untuk membincangkan aktiviti dan langkah yang boleh dilaksanakan di peringkat negeri masing-masing," katanya.
Wednesday, January 21, 2009
Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)
| Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)'Time-Based' Tahun 2009 | |
Semua Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor, Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Negeri Johor. Tuan/Puan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ‘Time-Based’ bagi PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Ke PPP Siswazah Gred DG41.( Urusan Tahun 2009 ) Sehubungan dengan itu, pihak PPD dan sekolah diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana Semua perakuan hendaklah dikumpul di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Tarikh Tutup Permohonan: 29 Januari 2009 Sekian, terima kasih. Daripada: Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Sumber : LamanWeb JPNJ Juga di sini. | |





