:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Wednesday, April 30, 2008

Jom Jengah...

TAHNIAH.. kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang menyediakan ruang Web Sekolah Daerah Kluang di bawah kelolaan Unit ICT Daerah.

Juga kepada Jurulatih Utama (JU) ICT Daaerah Kluang yang membantu untuk membangunkan dan menyemarakkan lonjakan ICT dalam menelusuri dunia digital tanpa sempadan. TAHNIAH!

Klik gambar di atas untuk melihat pautan Web Sekolah Daerah Kluang

Monday, April 28, 2008

Meneroka Hujung Benua Asia

Empat orang pelajar terpilih untuk mengikuti program daerah (NAFAS SEGAR) anjuran Agensi Dadah Kluang ke Tanjung Piai, Pontian. Maka dapat juga pelajar-pelajar ini sampai di hujung Benua Asia (Tanjung Piai, Pontian).

Berjaya : Tersenyum bersama sijil masing-masing

Ingat-mengingat....

Itulah Cikgu Bakar. Tegas, serius dan gurau mengikut situasi. Layaklah beliau menerajui hal ehwal disiplin di sekolah.

Hari ini, Badan Pengawas Sekolah diingatkan lagi tentang tanggungjawab mereka. Itulah anak-didik yang sering perlu diingatkan demi masa depan dan keyakinan mereka yang belajar memikul tanggungjawab.

Cikgu Bakar: Tegas, serius dan gurau mengikut situasi.

Alahai....jom lawat!

Beberapa orang guru melawat Cikgu Rosnani di Hospital Besar Kluang. Awalnya, hari Khamis lalu, beliau dimasukkan ke wad ICU kerana asma. Hanya hari ini baru dikeluarkan dan di tempatkan ke wad 2 (Tanjung). Nampak gayanya, alhamdulillah...sihat dan kembali tersenyum yang sentiasa menguntum senyuman manisnya. Harapan semua warga SKSI, moga-moga cikgu cepat sembuh! Insyallah.

Dari kiri : Cikgu Rosnani, Cikgu Norazizah, Cikgu Norahimah, Cikgu Arisah


Wednesday, April 23, 2008

Setapak Lagi...

TAHNIAH... kepada pasukan Doktor Muda SK Seri Intan yang terus mengorak langkah bagi menjurus kepada pertandingan Doktor Muda peringkat Negeri Johor awal Mei nanti. Maka, susun atur aktiviti demi aktiviti bagi memenuhi kriteria pengadilan akan terus merancakkan semangat para doktor Muda yang terpilih nanti.

Tambahan pula, komitmen tinggi diberikan oleh Hospital Besar Daerah Kluang untuk merealisasikan impian ini. Tahniah atas komitmen yang mantap antara pihak Hospital dan SK Seri Intan.

Hari ini, Doktor Muda diberi pendedahan secara langsung dalam mengambil timbangan berat dan ketinggian pelajar-pelajar lain. Mereka juga diberi pendedahan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk eades. Maklumlah, longkang-longkang di mana-mana sekolah seharusnya dijaga agar pembiakan nyamuk dapat dielakkan.

Banner yang dipampang di Dataran Ilmu
sebagai pencetus semangat kepada Doktor Muda

Para Doktor Muda diberi pengalaman secara langsung.

Tuesday, April 22, 2008

Hambatan ICT...

Hambatan ICT di kalangan warga pendidik mula mendapat tempat. Guru-guru perlu mengambil tempat dalam arena ICT untuk mengikuti kepesatannya. Oleh itu, Guru Besar juga menggesa warga SKSI untuk mengikuti alur ICT khususnya blog. Maka, inisiatif Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal mengambil langkah proaktif untuk melibatkan diri dalam arena tersebut.

Kedua orang ini mula mempelajari cara dan kaedah untuk membina weblog persendirian bagi memaparkan idea-idea tersendiri dalam menambah warnakan dunia blog ini. TAHNIAH, diucapkan kepada Ustaz Zahab dan Cikgu Mohd Faizal.

TAHNIAH : Sedang belajar membina blog peribadi



YOUTUBE: Cara membina blog

Monday, April 21, 2008

Memacu Manusia....

Deligasi perbincangan antara pihak sekolah ( En Rahiman - GPK 1, En Mohd Faizal dan En Azlan) dengan Institut Perguruan Tun Hussain Onn (En Hamzah) berjaya. Perbincangan dua hala ini diadakan di Jabatan Latihan Dalam Perkhidmatan IPTHO.

Komitmen kedua pihak untuk mencapai kata sepakat demi pembangunan manusia/ staf SK Seri Intan. Kursus untuk perkembangan staff akan dilaksanakan di IPTHO. Insyallah.

Perbincangan yang sedang berlangsung secara bersantai.