:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Thursday, December 31, 2009

Portal Rasmi & Lokasi


Sekolah ini terletak di Taman Intan. Kluang


Paparan Satelit : Lokasi SKSI dan PPD Kluang

Lokasi sekolah melalui satelit


Monday, July 20, 2009

Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP)

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Sebagai PPPS Gred DG41, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 ke Gred DG44 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41. Urusan ini mengambil kira setiap tiga (3) tahun pengalaman di PPPLD Gred DGA29, Gred DGA32, Gred DGA34 dan Gred DGA38 sebagai satu (1) tahun pengalaman di Gred DG41 dengan had maksimum pengalaman sembilan (9) tahun di PPPLD bersamaan tiga (3) tahun di PPPS DG41.

Bagi urusan kali ini, pegawai yang akan dipertimbangkan adalah mereka yang telah dilantik ke PPPS Gred DG41 sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun pada 1 Januari 2010.

Sila muat turun lampiran untuk maklumat lanjut.

S.S DG41-DG44EXPPPLD
LAMPIRAN C
LAMPIRAN T1

Tuesday, June 2, 2009

PERISTIWA 18 MEI

Acara menerbangkan kapal terbang kertas. Cubaan dari Pasukan Merah.


Cikgu Arwa, lajunya lari...... menang tak?




Aku bab makan mee dengan chopstick tu biasa le... dengan bola ni...boleh ke?




Alaaaa... malu le nak main acara ni!!!!!






Bukan main tekun murid-murid SKSI menyaksikan acara guru.




Rakaman peristiwa sempena Sambutan Hari Guru (16 Mei) disambut pada 18 Mei oleh warga SKSI.

Tuesday, May 19, 2009

Tema Hari Guru ~ Nukilan Jejari Azhad

Tema Hari Guru ~ Nukilan Jejari Azhad: "Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru
Saban tahun bila hari ini disambut pasti diiringi dengan tema yang bersesuai dengan suasana ketika itu.

Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009;

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina B"

Mesyuarat Agong PIBG





Kumpulan Kompang SKSI dibawah pimpinan Pn. Fatimah Ahmad




Antara ibubapa yang hadir di Mesyuarat PIBG





YDP PIBG, En. Hairudin sedang berucap .






Kehadiran Yang Berhormat disambut mesra oleh warga PIBG

Sabtu, 16 Mei 2009 - Mesyuarat Agong PIBG telah berlangsung di Dewan SKSI. Pemilihan AJK baru untuk sesi 2009-2011 telah dibuat. Kepada yang terpilih diucapkan tahniah dan laksanakan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas.









Saturday, May 16, 2009

WARGA SKSI DI MAJLIS MAULIDUR RASUL


Rakaman Peristiwa
Antara Aktiviti Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah 2009



Ustz Zahab dan para pelajat mendengar ceramah.
Ceramah Maulidur Rasul di dalam dewan yang indah dan bersih.
Dewan ini baru dinaiktaraf.



Guru SK Seri Intan dan SA Seri Intan bergabung tenaga
bagi menjayakan aktiviti ini.



Penyelia Petang, bijak mengambil port.
Buat kerja sambil duduk.

Friday, May 15, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430/2009


15 Mei- Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di sambut meriah.