:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Saturday, April 19, 2008

Mesyuarat Agung PIBG kali ke13

Hari ini berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke13 pada jam 2.30 petang yang bertempat di kantin sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Kluang. Beliau adalah bekas Pengarah Pusat Pengajian China, Universiti Malaya (UM).

Ketibaannya disambut dengan paluan kompang dan diiringi dengan pembawa bunga manggar. Langkahnya tersusun rapi dan diapit oleh En Hassan Sarkon, Guru Besar SKSI, En Hairuddin Mohd Tahir, YDP PIBG dan barisan AJK PIBG.

Ketika itu, masih kedapatan para ibu dan bapa mendaftarkan diri di meja pendaftaran dan mengambil tempat. Setelah itu, majlis ucapan bermula.

Ucapan Guru Besar yang menerangkan perjalanan aktiviti dan kemajuan sekolah amat penting. Pelbagai konsep dan kaedah pemantapan program untuk kemajuan para pelajar telah dijelaskan. Kemudian, YDP pula meneruskan ucapan dengan menerangkan pelbagai aktiviti dan bantuan yang telah diberikan kepada sekolah demi kecemerlangan anak-anak didik.

Akhirnya, YB Datuk telah menjelaskan konsep dan perjalanan serta keperluan komitmen antara ibubapa dan guru/pihak sekolah demi kecemerlangan para pelajar. Juga, beliau akan membantu sedaya upaya untuk memenuhi keperluan yang dipohon oleh pihak sekolah dan PIBG. Komitmen beliau dalam mengotakan apa yang diperkatakan sememangnya teruji. Akhirnya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 dengan iringan paluan kompang.


Photobucket


Setelah majlis perasmian berlangsung, mesyuarat agung dimulakan. Barisan AJK PIBG mengambil tempat. Beberapa usul telah dibahaskan untuk mendapatkan kata sepakat dalam keadaan yang harmoni. Tahniah kepada YDP PIBG, En Hairudin yang berjaya mengendalikan mesyuarat dan menangani isu-isu yang timbul.

No comments: