- 25 Jun 2008. Semua guru kelas berpeluang bersemuka dengan ibu bapa/penjaga pelajar bagi membincangkan keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2008.

SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.
Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini

Wednesday, June 25, 2008
Hari Terbuka
Tuesday, June 24, 2008
Johan Rekacipta Daerah Kluang 2008
: 24 Jun 2008. Pertandingan Rekacipta anjuran Panitia Kemahiran Hidup Daerah Kluang telah berlangsung di SK Kampong Melayu. Pertandingan ini dianjurkan oleh SK Seri Intan. Panitia Kem Hidup SK Seri Intan telah menghantar seramai 4 orang pelajar tahun 6 Mutiara untuk memasuki pertandingan ini. Para pelajar telah mendapat pengalaman langsung untuk menguji bakat dan kemahiran.

Sumber: PPD Kluang
Labels:
Berita Pendidikan,
KoKurikulum,
Panitia
Monday, June 23, 2008
Pekeliling Guru Data
Tahniah - kemelut seorang guru data di setiap sekolah telah selesai. Ini kerana KPM telah mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan perlantikan dan bidang tugas.
| Bil 14 Tahun 2007 |
Labels:
Berita Pendidikan,
Guru,
Kurikulum
Saturday, June 21, 2008
Perkongsian Ilmu
Selamat Menimba Ilmu....
Kluang, 21 Jun (Sabtu) - Cikgu-cikgu dan staf sokongan SK Seri Intan sanggup meluangkan waktu bercuti demi sekelumit ilmu. Ilmu yang ditimba amat bermanfaat. Jawatankuasa Pengelola telah berjaya melaksanakan Kursus Perkembangan Staff di Intan, Kampus Wilayah Selatan. Kursus ini memberi pendedahan ilmu kemanusiaan yang amat diperlukan oleh setiap orang.
Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi. Penceramah yang dijemput adalah para pensyarah daripada Institut Perguruan Tun Hussien Onn (IPTHO), Batu Pahat. Tajuk kursus yang telah digarapkan ialah:
1. Akauntibiliti dan Integriti sebagai penjawat awam.
- Ust. Abd Rahman bin Sirat
2. Pengurusan Stress dalam kerjaya.
- En Hamdan bin Hj Mahfoh
3. Komunikasi Berkesan dalam organisasi.
- En Roslan bin Arof
(Penceramah Undangan)
Bersongkok:
Ust. Abd Rahman bin Sirat
Berbaju Kuning :
En Hamdan bin Hj Mahfoh
Berbaju Merah :
En Roslan bin Arof
Kursus ini tamat pada jam 4.00 petang. Moga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan oleh semua guru dan staff. Tahniah dan syabas atas kejayaan pelaksanaan kursus tersebut.

(Penceramah Undangan)Bersongkok:
Ust. Abd Rahman bin Sirat
Berbaju Kuning :
En Hamdan bin Hj Mahfoh
Berbaju Merah :
En Roslan bin Arof
Kursus ini tamat pada jam 4.00 petang. Moga ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan oleh semua guru dan staff. Tahniah dan syabas atas kejayaan pelaksanaan kursus tersebut.
Labels:
Perkembangan Staf
Sunday, June 15, 2008
Asc TimeTable
Setiap awal tahun, semua sekolah perlu membuat jadual waktu guru mengikut subjek dan kelas. Hal ini sering menjadi permasalahan yang harus diatasi. Guru Penolong Kanan 1 (Kurikulum) perlu menilai guru-guru yang berkemahiran komputer untuk membantunya menyelesaikan hal ini.
Di zaman ICT ini, permasalahan membuat jadual waktu, dapat diatasi dengan berbantukan komputer. Oleh itu Asc TimeTable adalah salah satu software yang dapat merealisasikan matlamat itu. Cuba pembaca SKSI Online ini, melihat laman web tersebut.
Perisian ini amat mudah digunakan. Cubalah.
Asc TimeTable 2008

SELAMAT MENCUBA

Asc TimeTable 2008Jika anda berminat, boleh hubungi Boy2099 Sdn Bhd wakil pengedar tunggal software ini di Malaysia. Klik di sini untuk mencuba trial software. Jika anda benar-benar berminat, boleh le order daripada wakil pengedar tunggal di Malaysia. Webmaster telah menghubungi syarikat tersebut dan telah mendapat pengesahan dan bukti bahawa syarikat tersebut adalah pengedar yang tunggal.

SELAMAT MENCUBA
Labels:
Berita Pendidikan,
Kurikulum,
Zon Klg Barat
Saturday, June 14, 2008
Smart Start Camp - Koko's vs New Straits Time
Smart Start Camp
Sabtu, 14 Jun - Tepat jam 11.30 pagi, satu program anjuran bersama antara New Straits Times, KoKo-Krunch dan SK Seri Intan telah tamat. Penat berbaur dengan gembira di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris. Tak kira lagi dikalangan anak-anak didik. Semuanya berasa gembira dan enjoy. Dalam pada bergembira, ilmu pun dapat. Menarik kaedah yang digunakan oleh fasilitator semasa mereka mengendalikan program tu.
Awalnya, jam 8.00 pagi, semua murid diberikan t'shirt yang 'cun'. Mereka diagihkan kepada 3 kumpulan besar. Dalam kumpulan besar, dibahagikan pula kepada 4 kumpulan kecil. Maka wujudlah 3 stesyen untuk aktiviti dalam program tu. Guru-guru Bahasa Inggeris sekadar membantu fasilitator yang dah sedia ada. Mudah kerja dengan komitmen semua orang. Tahniah atas kejayaan dan komitmen semua pihak.

Saturday, May 17, 2008
Insentif Guru
:: Kemelut DG41 di sekolah rendah terjawab ::

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.
Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.
"Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.
Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.
Pengumuman beliau disambut dengan tempukan gemuruh lebih 3,000 guru yang hadir. Yang turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Abdullah berkata bersandarkan kepada asas-asas pertimbangan sama iaitu menggalakkan guru melanjutkan pelajaran, kerajaan bersetuju meluluskan cadangan supaya guru Gred D.G.41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar, dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Gred D.G.44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada Gred D.G.41.
>> Baca selanjutnya <<
Labels:
Berita Pendidikan,
Perkembangan Staf
Subscribe to:
Posts (Atom)