:: LUARBIASAkan yang BIASA ::


SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pengunjung SKSI Online. Paparan terkini berkaitan aktiviti di sekolah akan diupload mengikut kesesuaian masa. Tinggalkan jejak anda di ANJUNG BICARA! Terima kasih.

Kunjungilah PORTAL RASMI SK SERI INTAN. Klik di sini


Wednesday, January 21, 2009

Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Gred DG41 ke DG44 (KUP)'Time-Based' Tahun 2009

Semua Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor,

Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Negeri Johor.

Tuan/Puan,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah (PPPS) Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ‘Time-Based’ bagi PPP Lepasan Diploma (PPPLD) Yang Telah Dilantik Ke PPP Siswazah Gred DG41.( Urusan Tahun 2009 )

Sehubungan dengan itu, pihak PPD dan sekolah diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan ini bil. JPNJ(S):NP/27/1910(B)/(37) bertarikh: 15 Januari 2009.

Semua perakuan hendaklah dikumpul di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Januari 2009

Sekian, terima kasih.

Daripada: Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Sumber : LamanWeb JPNJ

Juga di sini.

Monday, January 12, 2009

PPSMI 2010 - 7 Pilihan

Keputusan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan pada 2010, tahun depan. Sehubungan itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan.

Sebanyak lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI telah dijalankan berhubung proses kajian dan membuat rumusan status PPSMI. Paling terkini yang berlangsung pertengahan Disember lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Apakah 7 pilihan itu?

Monday, January 5, 2009

Yuran Sekolah 2009

Utusan Malaysia
28 November 2008

Oleh nor zainah nordin

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.

Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa.

''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, perkara berkenaan diputuskan selepas jawatankuasa itu membincangkan pendekatan terbaik mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berharap, PIBG tidak menjadikan keputusan kerajaan itu satu isu kerana pada masa sama kementerian terpaksa menanggung peruntukan besar bagi sesi persekolahan 2009.

''Perkara ini perlu diperjelaskan ke peringkat akar umbi dan saya telah meminta pengarah di Jabatan Pelajaran negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) supaya tidak ada mana-mana pihak terkeliru,'' katanya.

Hishammuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya kementerian melihat cara yang sesuai untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG secara telus.

Isu yuran tambahan PIBG sering menjadi rungutan setiap kali bermula sesi persekolahan kerana jumlahnya mencecah sehingga RM180 dan membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan.

Bacaan Selanjutnya>>

Wednesday, December 31, 2008

Rayuan Permohonan Kemasukan Ke MRSM

Semua pemohon ke MRSM ke Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat ingin berjaya dalam tawaran ambilan pertama (1st intake), tetapi keputusannya gagal... Jangan lupa, setiap tahun bilangan permohonan amat melebihi bilangan tempat yang disediakan oleh MRSM. Bagaimanapun, setiap keputusan muktamad tetap boleh dirayu semula.

Pesalah yang dihukum gantung boleh merayu di mahkamah lebih tinggi, pelajar yang dibuang sekolah juga boleh merayu untuk kemasukan semula. Keputusan muktamad tetap di pihak berkaitan, namun hak untuk merayu adalah hak kita semua sebagai warganegara Malaysia. Inikan pula jika kita tidak melakukan kesalahan, cuma untuk memohon 'satu' sahaja tempat di MRSM sekiranya masih 'ada' kekosongan. Tetapi bagaimana?...

Berdasarkan MARA FAQ, sebenarnya kita masih ada peluang:
  • Proses pengambilan dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan akan berterusan dari bulan Februari sehingga 30 April setiap tahun.
  • Boleh membuat rayuan. Setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama. Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.
  • Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif kita. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.
  • Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.
  • Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA. Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya. Atau bolehlah menghubungi pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766.
  • Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke Tingkatan Satu MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut : a) 5A dalam UPSR – 25% b) SES (status ekonomi sosial) – 45% c) Ko Kurikulum –30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM kebiasaannya dijangka bermula pada :
    a) Pendaftaran pertama - bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - bulan April.
  • Semakan untuk :
    a) Pendaftaran pertama - hujung bulan Januari / awal bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - hujung bulan Februari / awal bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - hujung bulan Mac / awal bulan April.
    Kita boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766, SMS dan Laman Web (www.mara.gov.my).
  • Syarat-syarat asas kemasukan Tingkatan Empat MRSM ialah :
    a. Mendapat sekurang-kurangnya 6A(A dalam Matematik atau Sains).
    b. Lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
    c. Tiada gred C, D dan E dalam subjek teras.
  • Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon.
  • Pendaftaran ke Tingkatan Empat MRSM kebiasaannya dijangka pada bulan Februari tahun yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, saya cadangkan rujuk ke Laman MARA: Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang MRSM.. sangat berinformasi. Jika masih ada kekeliruan, elok telefon terus pada nombor telefon MARA di atas. Semoga berjaya..... Azlanlin TM.

Monday, December 29, 2008

Tawaran Opsyen Semula Skim Pencen Dari KWSP Untuk Kakitangan Awam

Akhirnya berita mutakhir tentang tawaran opsyen pencen bagi kakitangan yang telah memilih KWSP telah disiarkan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Pekeliling ini lengkap dengan siaran, lampiran, borang serta perbandingan jelas antara skim KWSP dan Skim Pencen untuk diteliti oleh semua kakitangan awam terlibat. Taklimat khas berkaitan pekeliling ini akan diberi oleh semua ketua jabatan. Opsyen tersebut ditawarkan kepada anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu.

Antara perkara penting berdasarkan pekeliling tersebut:
  1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersar atau dibersarakan.
  2. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.
Untuk makluman lanjut, boleh download Surat Pekeliling berkenaan di sini.

Kepada semua kakitangan awam terlibat, bacalah dan telitikan semua implikasi dalam lampiran pekeliling sebelum membuat keputusan dan mengisi borang-borang berkaitan tawaran berkenaan. Selamat maju jaya.

Makluman:

Harap-harap, guru di SKSI akan membuat pilihan yang terbaik..~azlanlin,TMalim.

E-alQanus Online

Melihat kepentingan kepada penggunaan kamus ketika ini, e-alQamus Online diperkenalkan untuk kemudahan pengguna. e-alQamus Online adalah perisian perkamusan tiga bahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna internet yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan bahasa.

e-alQamus Online diperkenalkan bagi membolehkan golongan guru, pelajar dan individu menguasai Bahasa Arab dengan mudah dan singkat. e-alQamus Online bukan sahaja boleh digunakan untuk mencari makna perkataan dengan lebih berkesan dan cepat, malah ia lebih interaktif dan bermanfaat.

Kemudahan ini juga sangat membantu pelajar-pelajar di semua peringkat terutamanya yang terlibat dengan program j-QAF, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

e-alQamus Online amat sesuai sebagai sumber rujukan di Pusat Sumber sekolah, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, Makmal j-QAF serta di rumah kerana ia dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat.

Makluman:

Moga-moga perisian ini dimanfaat oleh guru-guru di SKSI dan wrga guru di Malaysia secara amnya. ~azlanlin,T.Malim

Thursday, October 23, 2008

Mengorak langkah..

TAHNIAH kepada J/Kuasa ICT SK Seri Intan untuk sesi 2009. J/Kuasa yang baru dilantik telah memacu kekuatan masing-masing dalam dunia ICT demi menyahut seruan Tuan Guru Besar, En Hassan Sarkon. Misi sekolah 2010 dalam peningkatan profesional guru-guru dan staf sokongan SKSI akan tercapai.

J/Kuasa ini yang dipimpin oleh Pn Yusnita dan dibantu oleh En. Abd Rahman, telah bergabung tenaga secara menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan wireless di semua blok sekolah. Program ini dibantu kukuh oleh Cik Raja Masita dan En Rashidi dalam merealisasikannya. Tahniah diucapkan.



Pastinya, paparan maklumat terkini berkaitan aktiviti dan perjalanan sekolah akan sentiasa dikemaskini. Maklumat ini boleh didapati melalui saluran SKSI Online dan Portal Rasmi SK Seri Intan. Malahan, kedua-dua saluran maklumat ini telah tersenarai dalam PPD Top Sites List.

Jawatankuasa yang baru ditubuh amat mantap dan kukuh. Semoga hasrat tuan Guru Besar akan tercapai. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT akan dipertingkatkan dan pengukuhan kemahiran di kalangan anak murid akan lebih mantap.